Lebaran 2014 - Raya Hari Pertama

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk korang-korang, amacam raya? mustilaa sronoottt, ye dak? Tahun ni giliran raya di kampung isteri, Kluang. Alhamdulillah dah 4 tahun beraya sebagai suami isteri. Dah ade sorang cahaya mata, penyeri keluarga.

Hari first raya cam biaso pagi-pagi pegi sembahyang raya. Tapi sebelum tu sempat melantak sampai santak perut. Balik sembahyang raya sambung lagi aktiviti melantak. Adoii macam nak cover makan puasa sebulan tu pon ade.

Aktiviti yang paling syahdu time-time raya ni opkos laa bersalaman mintak maaf dengan ahli keluarga. Silap-silap boleh menitis..tis..tis..tis. Abes jer sesi syahdu-syahdan tibalah masa tuk sesi fotograpi, selfie, usfie semua. Nah, blanje gambo usfie ckit.

Lebaran 2014


Mintak laluan interprem gambo kitorang.. hihi..

raya aidilfitri

Abes je sesi bergambo, terus shoot pegi balik kampung nenek dan ziarah kubur ayah mertua. Kalo lambat keluar rumah confirm tak boleh gerak nanti. Huhuhu. Raya pertama aktiviti memang pack sampai malam, sebab raya kedua anak-anak yang dah berkeluarga akan balik ke rumah mertua masing-masing. Yang pasti jalan-jalan akan jammed. Dari Kluang ke Kuantan paling-paling akan makan mase 5 jam jugak.. (mintak picit pinggang..huhu)

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Lebaran 2014 - Raya Hari Pertama"

Back To Top