Honey & Nisa |
Cuaca cerah pagi tadi.. kat Seremban sekarang cuaca agak tak menentu.. sekejap-sekejap hujan.. masa breakfast tadi Honey ajak tengok ladang ostrich.. tempat ni diikutkan tak jauh pon dari rumah, dalam 5 km camtu.. tapi memang tak pernahnya sampai.. rasanya orang Seremban pon ramai tak penah pegi.. kott? hehe..
Ok, Jelita Ostrich Show Farm ni terletak di Jalan Jelebu, Mukim Pantai, Seremban.. kalau dari Seremban ambik jalan menghala ke Jelebu.. Kalau dari exit Jalan Jelebu, LEKAS Highway, ladang tu kira-kira dalam 2 km menuju ke Jelebu.. Nampak je Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan belah kiri, masuk je ke dalam kawasan tu.. Jelita Ostrich Show Farm ni menyewa kawasan dalam Jabatan Veterinar ni..
Ladang ni dah 17 tahun ditubuhkan.. kalau manusia dah boleh ambik SPM lah.. buka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang..
![]() |
Pintu masuk ke Show Farm |
Tiket masuk RM 9 untuk dewasa.. percuma untuk kanak-kanak bawah 5 tahun.. kanak-kanak atas 5 tahun.. hmmm.. lupe tanyer huhu.. akan ade orang yang akan guide kita ke dalam show farm..
Masuk-masuk je akan disambut oleh, enchik dan puan kasawari a.k.a burung emu.. burung emu ni diimport dari Australia.. saiz lebih kecil dari Ostrich dan berjari tiga.. kalau nak tau beza jantan atau betina, kita boleh dengar dari bunyi die.. kalau die dok senyap jer cara yang terbaik tanyer jer kat enchik guide tu.. musti die tau mane satu kan? hehe..
![]() |
Kasawari |
Ostrich a.k.a burung unta, lebih besar dan berjari dua.. beza jantan dan betina dari warna bulu die.. kalau warna hitam tu jantan.. kalau betina warna die agak kelabu..
![]() |
Letak je tangan, die pagut |
Haa.. yang ni dengan yang belakang tu betina.. umur diorang baru 2 tahun.. ade sekor lagi jantan umur 4 tahun.. umur 2 tahun dah boleh bertelur.. cepat betul akil baligh diorang ni.. jangka hayat pulak sampai 70 tahun.. baka di import dari Afrika Selatan..
Kalau melawat ladang ostrich dinasihatkan jangan pakai 5 warna.. biru, merah, hitam, kuning, hijau dan gold.. kenapa? sebabnyer ostrich ni sebenarnya rabun dekat.. die rabun sehingga jarak 100 meter.. kalau kita pakai warna biru, hitam, merah nanti diorang ingatkan kita ni dari spesis die.. warna kuning diorang ingatkan makanan macam dedak atau jagung.. warna hijau diorang ingatkan rumput.. dan ostrich ni tertarik dengan benda yang berkilat, so tak usah laa pakai gelang emas bagai masa melawat tu ek.. kitorang tadi pakai baju biru.. so far selamat.. Alhamdulillah :)
Walaupun ostrich ni rabun dekat, tapi pandangan jauh die memang power.. die boleh melihat dari jarak 100 meter ke 7 kilometer wide view.. perghh tak payah pakai teropong.. tapi kalau nak baca sokabar kene pakai spek lah.. T_T
Next, kitorang pegi tengok telur ostrich pulak.. sebelum sampai kitorang di sambut oleh family Boer yang nak pow makan..
![]() |
Tangan kosong pon dijilat.. euwww.. |
![]() |
Ujian ketahanan telur |
Telur ostrich ni boleh tampung berat sehingga 200 kg.. berat aku tambah dengan berat Nisa ada kot dalam 80 kg.. awal-awal dah dipesan supaya jangan goncang atau lompat atas telur tu.. kalau kita buat jugak dan pecah kene bayar RM 80/ telur.. kalau die pecah sendiri takde bayaran lah.. telur ostrich ni kalau die pecah.. die akan pecah macam bom.. bayangkan berpuluh-puluh telur ayam pecah kat badan.. adoii..
Galah yang aku pegang tu bukan sebagai stand jer.. tapi untuk elakkan dari ostrich datang kat kite.. ostrich ni akan takut bila ade benda yang lagi tinggi dari die.. kalau korang sume tinggi macam galah tak yah pakai pon tak pe.. hehe..
Telur tu baru seminggu, biasanya die akan eram gunakan inkubator.. sebabnya suhu kita tak sesuai untuk pengeraman telur ostrich.. telur ostrich ni perlukan suhu 38 - 40 darjah celsius..
Untuk ujian yang lebih mencabar, kita tunggang pulak ostrich.. ostich jantan.. pastikan berat anda tidak melebihi 250 kg.. mata ostrich tu kene tutup untuk elakkan die dari panik.. ostrich biasanya akan kenal bau badan tuan die, jenis yang macam ni tak yah tutup mata.. tapi kalau diorang tak kenal, kita kene tutup mata die.. kalau tak die panik dan lari.. laju tu.. 70 km/jam..
![]() |
Honey and blindfolded ostrich |
![]() |
Sijil menunggang ostrich |
Pastu kita akan dapat tengok pertunjukkan lumba ostrich.. mamat 2 orang kat gambar atas tu diorang akan tunggang ostrich dan lumba.. hehe.. seronok betul Nisa tengok racing tu..
Habis jer kitorang just jalan-jalan tengok sekitar.. diorang ade bela turkey, ayam kampung, arnab, ayam mutiara, ikan puyu.. boleh laa tengok-tengok sambil berehat-rehat.. sekitar kawasan Jabatan Perkhidmatan Veterinar ni pon ade bela banyak haiwan macam kerbau, lembu, rusa, flamingo, swan, angsa, itik, ostrich.. tengok kat internet macam ade unta.. tapi tadi tak nampak pulak.. dah sembelih buat rendang raya kot..
Seronok jalan-jalan kat sini.. banyak benda boleh belajar.. kalau nak beli ostrich pon diorang jual.. tapi enchik guide tu cakap isinyer ade kat peha tu jer.. badan die mostly tulang..
Note:- Ostrich bila die tendang, berat tendangan lebih kurang 1 tan.. biasanya dia akan tendang dibahagian dada.. be extra careful tapi jangan takut.. Insya-Allah selamat..

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Hari Menunggang Ostrich"