Siapa tahu apa itu Solat Dhuha?
Siapa dah mengamalkan Solat Dhuha?
Ok tak payah angkat tangan tinggi-tinggi.. angkat dalam hati jer.. hehe..
Power sangat ke Solat Dhuha ni? Haa meh sini nak citer.. tapi sebelum tu baca hadis ni dulu yer..
“Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikannya sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai di dalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya,” - Riwayat At-Thabarani
Ok ni ringkasan kelebihan Dhuha mengikut rakaatnye.
- Dhuha 2 rakaat – ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah
- Dhuha 4 rakaat – ditulis dia daripada orang-orang yang suka beribadat
- Dhuha 6 rakaat – dia akan dicukupkan baginya pada hari tersebut
- Dhuha 8 rakaat – Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat
- Dhuha 12 rakaat – Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hamba-Nya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingati-Nya.
Kite musti pernah dengar yang Solat Dhuha pembuka rezeki. Kan?
Nabi Muhammad SAW berkata, yang Allah bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” - HR Al-Hakim dan At-Tabrani
Rezeki itu dalam bentuk WANG RINGGIT sahaja ke? USD?
Kalau kita percaya dengan janji-janji Allah apa perlu kita peningkan urusan rezeki? Kita berusaha dan biarlah Allah sendiri yang tentukan banyak mana yang ingin diberi, tapi biarlah usaha itu berlebih. Ada ke Bos nak bagi Anugerah Pekerja Terbaik sedangkan prestasi kerja kita rendah dan bermasalah disiplin? Maka yang paling utama sentiasa berusaha dan jalankan perintah-Nya.
Hidup kita ada turun dan naiknyer kan? dari pengalaman yang tak seberapa Istiqamah dalam Solat Dhuha ni, memang urusan pada hari itu akan dipermudahkan. Sentiasa ada jalan penyelesaian yang sememangnya diluar jangkaan. Alhamdulillah.
Rahsia Menjemput Rezeki
~Enchik Hazry~

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Rahsia Menjemput Rezeki"