Dalam membesarkan anak-anak banyak cabaran yang ditempuh oleh kebanyakkan kita sebagai ibu. Pengalaman dari mengandungkan, melahirkan dan membesarkan setiap anak pastinya mempunyai cabaran yang tersendiri.
Kali ini Honey ingin kongsikan 12 cabaran menyentuh hati yang mungkin terjadi dalam membesarkan anak-anak:-
Cabaran 1
Anak tidak mahu dan tidak selera makan. Kesian tengok anak kurus je. Lagi sedih bila kita tengok anak orang lain tembam dan sihat je semua.
Cabaran 2
Anak sembelit. Tak sampai hati tengok anak menangis-nangis setiap hari bila nak poo poo. Kadang-kadang sampai berdarah. Anak pon dah fobia bila nak poo poo.
Cabaran 3
Anak selalu kena asthma. Bila kena serangan asthma, menangis-nangis susah nak bernafas. Kita pon jadi tak tentu arah. Kena pulak selalu bawak ke klinik untuk sedut nebulizer lebih teruk terpaksa juga beli neb sendiri. Rela atau tidak, terpaksa juga tengok banyak 'dadah' masuk dalam badan anak. Mana tak nya asthma berisiko membawa maut.
Cabaran 4
Anak memilih makanan. Ramai yang macam ni. Kita masa kecik pon mungkin macam ni. Sayur tak nak.. buah tak nak.. ikan tak nak,, nasi pun dibuat main. Yang disukanya? JAJAN!! Aduhh! Sudahnya bawak anak makan KFC. Mana nak datang zat?
Cabaran 5
Anak demam dan selsema. Antibodi tak kuat, selalu demam, selsema. Mudah sangat berjangkit. Lagi-lagi kalau hantar anak ke taska atau tadika. Kawan demam sikit, terus berjangkit kat anak kita. Asyik keluar masuk hospital je. Kos perubatan lagi. Haihh!
Cabaran 6
Anak selalu batuk. Selalunya memang lama nak sembuh. Kawan batuk, dia pun batuk. Batuk berkahak lagi. Takut jugak kena radang paru-paru kalau batuk berterusan.
Cabaran 7
Ayah sibuk, mak sibuk, anak terabai makan minum. Nak harapkan orang gaji? Hmm.. Sibuk sangat sampai tak sempat nak masak makanan berkhasiat untuk keperluan anak-anak. Balik kerja, panas-panaskan apa yang ada.. makanlah apa ada. Jadi bila anak tak cukup zat? Kalau tak cukup zat badan lemah, minda lemah dan anak menjadi rendah diri.
Cabaran 8
Anak kerap ponteng sekolah sebab sakit. Kesian anak tu asyik keluar masuk hospital. Kesian lagi sebab ketinggalan dalam pelajaran. Pergi sekolah asyik tak faham. Orang lain dah jauh ke depan. Bila exam? Kasihan!
Cabaran 9
Bila anak sakit je kita sumbat dengan bermacam-macam ubat, antibiotik. Macam-macam jenis dadah yang dah masuk dalam badan anak kita. Effect bukan sekarang, tapi bila tua nanti. Yerlah dah sakit, nak buat macam mana? T_T
Cabaran 10
Bila anak sakit, kadang-kadang kita terpaksa juga hantar ke taska. Ada juga rasa bersalah kalau-kalau berjangkit pulak pada anak orang lain. Nak jaga sendiri kena mintak cuti. Sedapkan juga hati juga hantar ke taska, Ibu mana tak risau kalau anak sakit tak ada depan mata?
Cabaran 11
Kesian anak kena ruam. Habis muka dan badan merah-merah. Kadang-kadang sampai berdarah sebab di garu. Penuh satu badan parut kesan garu. Kita pulak tak tahu nak buat apa, sapu la ubat steroid. Sapu dadah lagi. T_T
Cabaran 12
Bila anak selalu sakit, banyak aktiviti kita terganggu. Kadang-kadang rasa geram, nak marah. Nak pergi jalan-jalan tak dapat, nak pergi kerja tak dapat, terpaksa mintak cuti, selalu cuti, bos pulak marah-marah. Bila bos marah-marah, anak-anak jugak yang jadi mangsa kemarahan kita balik.
-----------
Kalau difikirkan balik semua tu boleh dielak dari awal, Yerlah kalau dah nak kena-kena juga, tapi mengelakkan lebih baik dari mengubati?
Kita sayang pada anak kita, selalu belikan baju mahal-mahal untuk anak, beli mainan macam-macam, bawak pergi melancong sana sini. Betulkan?
Kita selalu shopping macam-macam untuk diri kita. Tudung yang mahal-mahal pelbagai jenama. Faridot, Arianot penuh satu almari. Berhabis beli handbag Coach dan MK, Make-up. Handphone versi terkini. Betulkan?
Kita selalu harap anak kita jadi anak yang pandai. Every year mesti dapat nombor 1. Kalau anak tak perform kita rasa sedih, kecewa, sentap!! Bila anak besar nanti, kita harap dia jadi orang hebat. Kita mahu berbangga dengan anak kita. Betulkan?
Tapi masa kecik kita tak sediakan nutrisi terbaik untuk badan dan otak anak tu. Berkira untuk kesihatan anak.

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "12 Cabaran Yang Menyentuh Hati Ibu"