Ketahui Rahsia Anak Bijak Orang Jepun & Yahudi

tips pemakanan anak genius

Kenapa orang Jepun ramai yang pandai? Orang Yahudi pon!

Eh, entry ni bukan tujuan nak cakap orang kita ni bodoh! tapi sebagai perbandingan, bagaimana pemakanan diorang ini mempengaruhi tahap IQ mereka.

Pernah makan sushi? saya pernah cuba sekali.. tapi tekak ni tak boleh terima.. ikan goreng pon susah nak makan.. inikan  ikan mentah.

Tapi orang Yahudi tak makan sushi kan?? saya ambil sedikit perenggan dari kajian Dr. Stephen Carr Leon..
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

...perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever)

Hmm.. nampak tak permainannya disitu?

Ada apa dengan IKAN? haa.. jom kita ke part yang agak serius..

IKAN mempunyai nutrien yang sangat penting buat otak kita.. Nutrien yang dimaksudkan ialah OMEGA 3. Ramai yang pernah dengar tentang asid lemak Omega 3 sebelum ini, ia kini ditambah kepada makanan seperti roti, mayonis, pizza, telur dan susu bayi. 


Apa yang penting sangat Omega 3 dalam makanan kita?

Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 mempunyai pelbagai kebaikan seperti:-

  1. Menghalang penyakit keradangan usus dan sendi
  2. Mengurangkan gejala anak yang hiperaktif
  3. Mengurangkan risiko penyakit kronik
  4. Mengurangkan risiko strok
  5. Menajamkan memori
  6. Meningkatkan keupayaan untuk belajar dan menumpukan perhatian (lebih fokus)
  7. Untuk perkembangan otak bayi di dalam kandungan
  8. Meningkatkan mood dan menstabilkan emosi 
  9. Mengurangkan alergi
  10. Membantu untuk kurus dan membakar kalori lebih cepat




Omega 3 & Kesannya Terhadap Pembelajaran

tips pemakanan anak geniusSekumpulan penyelidik telah menjalankan kajian terhadap sekumpulan 100 orang pelajar. Selama 6 bulan kajian, separuh daripada pelajar-pelajar ini mengambil Omega 3 (kapsul) dengan makanan mereka manakala separuh lagi tidak mengambil Omega 3.

Menariknya, mereka mendapati 40% daripada pelajar-pelajar yang mengambil Omega 3 ini menunjukkan peningkatan yang ketara dalam prestasi mereka di sekolah berhubung dengan pembelajaran dan tingkah laku daripada pelajar-pelajar tidak mengambil Omega 3. Malah ada ibu bapa yang terkejut dengan perubahan pembelajaran anaknya. 

Para pelajar ini juga dikesan mempunyai perasaan yang lebih positif, kurang kemurungan dan lebih ceria. 

Omega 3 biasanya ditemui dalam ikan air sejuk berminyak seperti sardin, mackarel, ikan bilis, herring, salmon dan tuna.

Namun, ramai yang bimbang dengan kewujudan logam berat seperti raksa dan merkuri di dalam ikan ini. Walau bagaimanapun, dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika pada tahun 2006, ia telah menyatakan bahawa faedah dan kebaikan makan ikan ini jauh lebih tinggi daripada risiko negatif ini. 

Berapa banyak ikan kita perlu makan untuk mendapatkan bekalan omega ini?

Anda boleh memenuhi sasaran pemakanan Omega 3 dengan makan 2 makanan ikan berminyak seminggu.

Kalau rasa susah nak maintain makan ikan, apa kata ambil pil-pil dan kapsul omega sahaja. Mudah kan?

Ketahui Rahsia Anak Bijak Orang Jepun & Yahudi
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Ketahui Rahsia Anak Bijak Orang Jepun & Yahudi"

Back To Top