Dah lama Honey plan nak buat aiskrim ni. Kebetulan Honey teringat semasa shopping barang dapur hujung minggu lepas, terus beli barang-barang yang tak cukup. Ok, cara buat dia simple jer. Ni pon first time Honey cuba. Alhamdulillah menjadi :)

Bahan-bahan:
- 1/4 tin susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 sudu besar ovelate
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu besar Meal Shake
Cara Buat Aiskrim Coklat Meal Shake
- Campurkan kesemua bahan-bahan dan blend sehingga sebati, gebu dan kembang. Blend dengan kelajuan tinggi dalam masa 10 minit-15minit. Aiskrim ini akan naik 2 kali ganda dari asal. Honey gunakan blender jer. Malas nak keluarkan mixer. Tapi jangan pakai blender yang selalu blend makanan pedas pulak. T_T
- Dah siap blend, tuangkan dalam bekas. Kalau ada bekas dengan stick aiskrim yang comel-comel boleh guna.
- Lebihnya Honey tuang dalam bekas besar dan Honey taruk Choc Chip
- Kemudian, simpan dalam peti sejuk semalaman.
- Selepas aiskrim beku, sedia untuk dihidang dan dimakan.
Simple je kan resepi ni? Campak-campak. Siap!
Ini adalah antara kelebihan menjadi seorang WAHM seperti Honey. Seronok beraktiviti dengan anak-anak.

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Cara Buat Aiskrim Coklat Yang Berkhasiat"