Mainan Comel Dari Teras Tisu

Teras tisu menjadi mainan comel? Haa.. ini adalah salah satu contoh aktiviti kreatif yang kita boleh buat dari teras tisu. 

Kejap, apa itu teras tisu? teras tisu tu adalah gulungan kertas keras pada tisu tu. Kalau tak faham boleh tengok gambar dibawah. Cuba cari yang mana teras tisu? Hehe..

Mainan Comel Dari Teras Tisu











Mudah jer nak buat mainan ni. Barang-barang asas seperti kertas warna-warni, gunting, gam, marker dan mata untuk mainan. Mata tu boleh beli kat mana-mana kedai D.I.Y, kalau tak ada juga, buat sendiri pakai kertas. Lagi jimat.
Contoh kat atas tu, Honey buat bee. Depend pada kreativiti masing-masing lah nak buat apa. Hari tu Honey buatkan bee dan butterfly untuk Nisa. 

Sebenarnya banyak benda lain yang kita boleh buat dari teras tisu ni, rajin-rajin laa kita tanya pakcik google yer.. hehe. Tak susah mana pon nak buat mainan comel dengan teras tisu ni.

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Mainan Comel Dari Teras Tisu"

Back To Top