Masalah Ruam Dikalangan Bayi

Assalamualaikum,

Saya doakan semoga Allah mudahkan urusan anda. Diberikan kebahagiaan hidup kepada anda di dunia dan di akhirat.

Ramai ibu-ibu yang PM Honey di page Perkongsian Buat Ibu-ibu Terhebat bertanyakan berhubung masalah ruam pada bayi mereka.

Masalah Ruam Dikalangan Bayi

So hari ni Honey ingin kongsikan perihal ruam-ruam ni. Nisa pon kalau berpeluh selalu kene ruam, Honey akan ceritakan pengalaman Honey mengatasi ruam bayi ini. Tapi sebelum tu, jom kita kaji sikit pasal ruam ni yer.



Jenis-jenis Ruam


Ada 5 jenis ruam yang biasa terjadi terutamanya kepada bayi-bayi:-

Ruam Panas

Kepanasan boleh membuatkan bayi berasa rimas. Biasanya kulit bayi berbintik-bintik kemerahan seakan-akan jerawat. Kesan ini biasanya terjadi dibahagian pelipat-pelipat seperti di leher, siku, dan pangkal peha.

Ruam Susu

Ruam susu ini terjadi biasanya berpunca dari sisa susu yang dibiarkan tidak di lap. Bintik-bintik ini akan timbul di muka, leher dan bahagian dada bayi.

Ruam Lampin

Terjadi akibat pemakaian lampin yang terlalu lama yang menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan radang terutamanya dibahagian punggung bayi atau di celah peha.

Eczema

Eczema menyebabkan bayi merasa gatal dan tidak selesa. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kulit berdarah dan berair. Kebiasaanya ia terjadi di pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki.

Alergik

Alergik berpunca daripada pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Kulit bayi akan menjadi kemerahan dan gatal secara tiba-tiba. Kesan ini biasanya sementara sahaja.



Petua


Antara petua yang biasa diamalkan untuk penyembuhan ruam bayi ini adalah:-
  1. Masak nasi sehingga menjadi bubur. Nasi itu tadi diletakkan ke dalam kain jarang dan picit sehingga keluar kanji / air dari bubur itu tadi. Sapukan air / kanji pada bahagian ruam.
  2. Tumbuk ragi sehingga hancur kemudian campurkan dengan bedak dan sapukan pada kulit bayi yang mengalami ruam.
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Masalah Ruam Dikalangan Bayi"

Back To Top