Pengalaman Pembedahan Mata Secara Lazer

Fuh.. fuh.. fuh.. tiup sawang dulu.. huhu..

Pengalaman Pembedahan MataHari ni Honey nak cerita pasal pembedahan mata.. Haa.. ni soalan wajib orang akan bertanya kat Hazry.. tiap-tiap tahun tanpa miss.. Hihi..

Sebenarnya Hazry pernah buat operation mata ni, dalam tahun 2010. Kalau dulu spek tebal-tebal tapi sekarang tak lagi.. T_T

Sebenarnya ada banyak prosedur untuk pembedahan mata ni (yang Hazry cakaplah) macam Lasik, Lasek dan All Laser. Tapi yang famous dan biasa kite dengar adalah Lasik.. kan? kan? kan? 

Hazry buat Lasek (Laser Epithelial Keratomileusis) di Optimax Seremban, dengan Dr Suraiya Mohamad Shafie. Masa tu ada promosi dan Hazry pilih untuk buat Lasek. Harga yang dia dapat masa tu dalam RM3856 untuk kedua-dua belah mata. Harga sekarang kalau tak silap dah naik 2 kali ganda. Aiyooo.

Pengalaman Pembedahan Mata

Okeh nak citer sikit prosedurnya. Sebelum hari pembedahan, kita kena attend 2-3 kali pemeriksaan mata. Kalau optometrist / doktor dah berpuas hati dengan condition mata kita baru dia akan bagi tarikh untuk buat surgery.



The D-Day

Pada hari surgery tu, mula-mula sekali dia akan buat jugak pemeriksaan mata untuk pastikan mata kita betul-betul sihat untuk proceed for surgery.

Siap jer pemeriksaan mata, dia titik kan bius ke mata kita. Masa tu Hazry cakap dah rasa kebas-kebas je kat mata. Then, diorang suruh salin baju untuk pembedahan.

Masuk je kat Operation Theatrette (OT), dia suruh baring kat atas katil. Kat dalam OT tu ramai jugak petugas yang ada.

Pengalaman Pembedahan Mata
Contoh mesin, doktor duduk je buat operation

Yang bagusnya doktor tu akan bebual-bual dengan kita, dia akan terangkan prosesnya dan apa yang kita kena buat.

Bila kita dah bersedia baru doktor akan mulakan operation. Dia akan suruh kita bertenang, baca apa-apa yang patut.

Pengalaman Pembedahan MataDoktor akan suruh kita fokus tengok cahaya merah kat tengah-tengah cincin cahaya putih macam gambar kat sebelah ni.

Tenung je laa cahaya tu, jangan ingkar. Kalau tak nampak cahaya merah tu, bajet-bajet laa kedudukan berdasarkan cahaya putih tu.

Pengalaman Pembedahan MataPastu dia akan keluarkan selaput jernih depan anak mata kita atau dalam bahasa canggihnya epithelium dengan menggunakan alkohol. Jangan risau, tak mabuk T_T

Sepanjang proses tu mata tetap fokus kat cahaya merah tu. Sekali lagi diingatkan agar jangan ingkar. Huhu.

Lepas keluarkan epithelium tu baru lah proses lazer melazer ni berjalan. Nanti akan ada cahaya berterbangan depan mata kita. Tak rasa ape pon sebab mata kan dah dibius. Cuma ade terbau benda terbakar jer lah. Tak payah telefon bomba. Tenangggg jer.

Lepas tu dia akan letak balik epithelium tu kat mata tadi. Pling! Siap. Next, proceed untuk sebelah lagi mata. No time for pit stop!

Hazry cakap tak sampai 3 minit pon untuk sebelah mata. So, memang sekejap je die kat dalam OT tu.

Selesai jer, boleh terus keluar untuk menikmati udara luar. Tapi jangan lupa bayar. Nanti doktor kejar. Eh jadi pantun sendu pulak.

Jangan ingat lepas operation terus terang je bijik mata. Epithelium tu belum sembuh lagi kan? so kita akan nampak macam kabur macam ada asap je kat sekeliling dan mata terasa kering. So bawak laa partner untuk tolong drive kan ek.


Sesi Berpantang

Hmm.. Biasanya diorang cadangkan buat operation hari Khamis. So the next day diorang akan beri MC. Dah dapat 2 MC termasuk operation day tu. Pastu cuti weekend. So save laa cuti rehat kan? Pastu kalau nak amek cuti rehat sendiri, terpulang.

Hari kedua selepas operation kene datang untuk buat post check-up, lepas tu ada hari-hari yang kita kena datang untuk post check-ups sampai dah betul-betul sembuh. All the check-ups tak payah bayar, dah included dalam pakej.

Apa pantang larang selepas operation ni ek? Hazry cakap, jangan melompat-lompat jer.. huhu.. Sebabnya takut epithelium tu teralih or the worst case, tercabut. Pastu digalakkan untuk pakai shades kalau berada ditempat terang. Tapi kalau nak bagi lagi cepat sembuh, boleh telan Zinc. Ubat yang diorang provide jangan dilupakan. Sila ambil as prescribe tau.


Sekarang

Keputusan untuk buat Lasek tu merupakan satu keputusan yang paling Hazry banggakan. Sekarang dah 4 tahun lebih dan hasilnya sangat memberangsangkan. T_T (jelaous..huhu). Once a year, kene buat follow-up check-up sebab dia ada life time warranty tau. In case kalau ada keperluan untuk di re-operate.

Kenapa re-operate? boleh rabun balik ke selepas buat operation?

Biasalah faktor umur, persekitaran dan pemakanan akan efek badan kita kan? Macam tu jugak mata. So penjagaan dari segala segi kenalah diambil kira. Pencegahan kan lebih baik dari mengubati. (tu diaa..). Hazry ni kat tempat kerja memang dok mengadap pc, risiko-risiko macam ni lah yang perlu diambil kira kan? tu sebab ade life time warranty.

Last year masa check-up, optometrist tu cakap power mata sebelah kanan ada naik 50 dan silau 25. Tapi tahun ni punya check-up dah tak ada rabun. Just silau 25 untuk mata sebelah kanan.

Alhamdulillah :)

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Pengalaman Pembedahan Mata Secara Lazer"

Back To Top