7 Tips Banyakkan Susu Badan

Assalamualaikum,

Banyak ibu-ibu PM Honey di page Perkongsian Buat Ibu-Ibu Terhebat bertanyakan bagaimana cara untuk membanyakkan susu badan.



Sebagai ibu, memang kita akan berasa risau apabila mendapati kuantiti susu agak merudum. Honey juga begitu terutamanya pada bulan puasa.

Selain dari petua yang pernah Honey kongsikan dulu, 7 Tips Banyakkan Susu Badan dibawah juga Honey rasakan tepat:- 
1) Susukan bayi dengan kerap mengikut pemintaannya. Inilah yang dimaksudkan konsep supply and demand. Semakin kerap payudara kita dirangsang (bayi menyusu, payudara dipam atau diperah), semakin banyaklah susu akan dihasilkan.
2) Tetapkan matlamat jangka pendek bagi tempoh penyusuan. Sebagi contoh, sasarkan untuk menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan, seterusnya 9 bulan, 1 tahun sehinggalah 2 tahun. Matlamat jangka pendek ini dapat membantu kita lebih fokus untuk menyusukan si manja dengan lebih lama.
3) Bergaul dengan rakan-rakan yang sama-sama menyokong penyusuan susu ibu. Join kumpulan-kumpulan penyusuan ibu untuk sama-sama memberi semangat sesama ahli. Selain itu kita juga dapat bertukar-tukar pendapat.
4) Minum air masak yang cukup! Ini adalah penting! Minum 3-4 liter sehari bagi memenuhi keperluan badan. Sebahagian besar komposisi susu badan terdiri daripada air. Pengambilan jus buah-buahan tanpa ais juga adalah digalakkan. Lebih sedap, lebih berkhasiat.
5) Susun jadual sesi pam bagi ibu-ibu yang bekerja. Pastikan anda mengepam susu setiap 3-4 jam di pejabat. Rata-rata ibu mengalami penurunan susu badan yang mendadak diakibatkan oleh jadual mengepam susu yang tidak menentu. Susun jadual kerja anda, berikan sedikit masa 15-20 minit untuk mengepam susu.
6) Ambil makanan berkhasiat, dapatkan nutrisi yang cukup untuk keperluan anda dan si manja. Susunlah jadual aktiviti harian anda supaya jadual waktu makan tidak terganggu. Selalunya banyak ibu yang GAGAL dalam pengambilan makanan berkhasiat. Perut yang lapar dan kosong secara tidak langsung boleh menjejaskan penghasilan susu. Pengambilan supplemen pastinya dapat membantu anda melengkapkan nutrisi yang kurang dalam badan. 
7) Kenal pasti dan catat apakah ‘milk booster’ dan ‘milk killer’ anda. Ambil dalam kadar yang selamat bagi membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti susu badan kita. Adakalanya dalam kita mencari-cari milk booster, sesekali mungkin termakan makanan yang tidak bersesuaian dengan kita, Secara tidak langsung menjadi ‘milk killer’.

Mengikut pengalaman Honey sendiri, kismis dan kurma memang menjadi milk booster yang terbaik!
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "7 Tips Banyakkan Susu Badan"

Back To Top