Jutawan Orang Kampung

Assalamualaikum,

Baru-baru ni saya telah ke 3 buah kampung di Negeri Sembilan atas urusan kerja. Menjadi juri untuk pertandingan antara kampung peringkat negeri. Kampung yang menang akan bertanding di peringkat kebangsaan. Kami pergi berkumpulan, terdiri dari pelbagai Jabatan. Kedatangan kami disambut meriah oleh penduduk kampung di balai raya. Siap dengan kompang, bunga maggar lagi. Hehe.

Jutawan dan Jutawan. Amiin
Ceritanya, semasa dikampung pertama yang kami lawati. Semasa sesi lawatan, saya telah menaiki kereta seorang Atok melawat kawasan sekitar kampung. Atok ni seorang yang peramah dan sangat merendah diri. Beliau banyak menceritakan pengalaman masa mudanya. Atok ni sebenarnya salah seorang Datuk Adat di Negeri Sembilan. Sepanjang perjalanan, banyak yang kami bualkan.

Beliau dilahirkan di Negeri Sembilan tetapi dibawa oleh kedua orang tuanya berhijrah ke Kuala Lumpur. Membesar disana tetapi berkahwin dengan orang kampung ini. Bekerja di JKR sejak zaman orang putih dan bermula dari bawah.

Hasil dari titik peluh bekerja beliau telah membeli sebuah rumah dan 3 ekar tanah di Klana Jaya. Pada masa itu Klana Jaya masih belum membangun. Rumahnya sekarang terletak berhampiran Kompleks Tabung Haji Klana Jaya. Beliau tidak pernah terlintas untuk menjual rumah dan tanah tersebut walaupun banyak tawaran lumayan.

HASILNYA?

Hasilnya harga rumahnya sahaja dinilai RM160 juta!!! 

Kesimpulannya, keputusan-keputusan yang kita ambil sekarang, menentukan dimana kita akan datang!

Ingat lagi kisah rahsia suri rumah jutawan? Ibu yang berhenti kerja sebagai engineer untuk menjaga keluarga dan memperoleh pendapatan 5 angka dengan bekerja dirumah? link nya DISINI

INGAT! keputusan hari ini, menentukan dimana kita akan datang!!


Catatan: Hazry 26/09/2014
The Future is as BIG as You Imagine It!! 

Shaklee Master Coordinator
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Jutawan Orang Kampung"

Back To Top