Assalamualaikum,
Saya doakan semua sihat sejahtera. Alhamdulillah hari ni kami berkesempatan memanjat Hill Park, buat kali ke-3. Up gambo intro dulu.. Hihi..
![]() |
Hai semuaa.. :) |
Hill Park ni terletak di S2 Heights, Seremban 2. Jalan mudah nak kesana kalau dari Seremban ialah menghala ke Sendayan. Selepas dari terowong, masuk ke kiri pada simpang pertama dan menghala ke SJK(C) Tung Hua Seremban, S2 Heights. Sekolah ni terletak betul-betul dihadapan jalan masuk ke Hill Park. Kiranya kaki bukit lah kan.
Untuk naik ke Hill Park, kita perlu parking berdekatan pondok pengawal dan harus mendaki untuk ke sana. Haa.. memang berpeluh sakan laa nak naik bukit ni. So bawak-bawak laa ber 'stretching' sebelum naik tu. Jangan cramp sana-sini udah. Kalau cuaca tak baik, siapkan payung sebelum hujan laa yer.
Biasanya kitorang pergi waktu pagi, sampai dalam jam 7-8 pagi, sejuk sikit. Kalau ada anak kecik bawaklah stroller, mudah. Pernah sekali pergi tak bawak stroller, sekali Nisa' tak mau jalan sendiri. Pergh! memang macam pikul beras 10kg naik bukitlah jawapnyer. Yang rajin nak bawak makanan dan makan kat atas tu pon boleh. Ala-ala piknik gitu.
Sape yang kaki jogging atau yang bercita-cita nak pecahkan lemak memang sesuailah. Berjalan naik pon nafas dah macam kuda, kalau berlari? respek.. respek..
Budak-budak memang seronok bila kat atas ni. Macam-macam mainan ade. Pagi-pagi kalau tak ramai orang memang boleh kongker semua mainan.
![]() |
Tu diaa.. dah start.. |
![]() |
Kereta ni je ade kat atas, kereta lain tak boleh naik.. |
Kalau kita dah sampai di kawasan permainan kanak-kanak ni boleh releks-releks dulu. Kira macam based camp sebelum sampai ke puncak lah ni. Kalau nak ke puncak, ni jalan eh..
![]() |
Daki bang jangan tak daki.. |
First time kitorang datang dulu memang tak naik kat puncak ni. Masa tu datang petang, sampai je kat kawasan taman permaianan kanak-kanak ni memang dah berpeluh sakan, kuyup!
Kat atas ade jogging track dengan seat tempat tengok view keliling.
![]() |
Dah sampai atas |
Nampak tak bekas merah dalam stroller tu? hehe.. Sebabnya pagi tu kitorang rushing nak gerak ke sini, sebab takut hari hujan. Memang tak sempatlah nak bersarapan bagai. Sempat capai roti, ESP dengan air jer. On the way tu singgah beli kuih. Makan jer kat atas ni. Sonang.
Habis breakfast turun ikut jalan ni. Hehe. Kalau korang seram nak naik turun ikut jalan curam tadi tu, korang boleh naik jalan ni. ![]() |
Jalan pusing-pusing |
Sampai bawah Nisa sambung main lagi. Kat sini ade 2 kawasan taman permainan kanak-kanak.
![]() |
Kocik lagi tapi ado hati nak panjat |
![]() |
Flying fox budak-budak |
Flying fox budak-budak tu yang paling Nisa excited. Kalau datang petang memang tak dapat merasa laa main flying fox ni, ramai. Kat atas ni ada pondok pengawal, dan diorang akan sentiasa ronda kawasan. Kalau ada orang dewasa berangan nak jadi budak-budak diorang akan preet.. preettt lah..
Main attraction kat sini sebenarnya ni haa.. dinosor.. boleh tangkap gambo.. kalau masuk dalam pagar tu kene preet.. preett.. hehe..
Untuk yang nak datang ke sini boleh ambik koordinat ngan GPS ni 101.88924 , 2.70596. Dibuka untuk orang ramai dari 6 pagi hingga 7 malam sahaja untuk menggelakkan sebarang aktiviti-aktiviti tidak sihat katanyer. Hehe.
Ok lah, nak balik dah. Bye.
Adios!
Jom Tengok Dinosor Di Hill Park, S2 Heights

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Jom Tengok Dinosor Di Hill Park, S2 Heights"