Popia Nombor 1 Di Seremban

Assalamualaikum,

Selamat Hari Malaysia. Petang semalam selepas pos barang-barang customer tersayang, termengidam pulak Honey nak makan popia. hehe..

Kalau area Seremban ni popia yang paling famous adalah Popia Kuala Kangsar di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

popia kuala kangsar seremban
Melimpah-limpah orang
Sampai-sampai tengok dah ramai orang. Planning awal nak makan situ tapi tengok macam dah takde tempat terus tapau makan jer kat rumah.

popia kuala kangsar seremban
Beratur nak tapau
Tengok tu berapa panjang punya beratur. Ada 1 jam jugak beratur. Sampai-sampai popia goreng habis. Nasib popia basah ada lagi. Jadilah dari tak da apa langsung kan? T_T 

Popia Nombor 1 Di Seremban
Popia Basah (Cerdit: virtualmalaysia)
Balik rumah terus makan. Tak menyempat nak ambil gambar. Lapau sebab beratur lama sangat. Haha.

Popia ni memang famous, ada kawan-kawan  luar dari N. Sembilan kalau datang, ramai yang bertanya kat mana nak beli popia ni. Even ada sorang kawan Honey yang pregnant masa tu datang dari KL semata-mata mengidam nak makan popia ni. 

popia kuala kangsar seremban

Ade orang kata Nasi Ayam dia pon sedap. Tak tau lah sebab tak pernah rasa. Nanti kalau dah try Honey update yer.

Gerai Popia Kuala Kangsar ni beralamat di No. 11, Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban. Paling senang, cari Stadium Paroi dulu musti jumpa gerai ni.  :)
Popia Nombor 1 Di Seremban
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Popia Nombor 1 Di Seremban"

Back To Top