Cubaan Berbekam Kali Pertama

Berbekam ni adalah salah satu wishlist Hazry yang lama terpendam. Tapi belum ada keberanian. Haha.

Sebabnya, dulu biasa tengok orang berbekam kat uptown. Dia bekam depan orang ramai. Malulah pulak.

Kebetulan ada sorang officemate ni selalu juga pergi berbekam. Cerita punya cerita last-last kami set tarikh untuk pergi berbekam kat kedai yang dia selalu pergi. Kali ni kena buat sampai jadi.

Kitorang pergi petang, selepas kerja. Officemate ni dah call awal-awal untuk book slot untuk kami.

Tau kan berbekam ni salah satu sunnah? Rasulullah menganjurkan untuk kita berbekam pada 17, 19, 21 haribulan Islam.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa berbekam pada hari ke-17, 19 dan 21 (tahun Hijriyah), maka ia akan sembuh dari segala macam penyakit.” (Shahih Sunan Abu Dawud, II/732, karya Imam al-Albani)
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Bahawa tidak aku berlalu (jalan) di malam Israk dengan malaikat melainkan mereka berkata, “Wahai Muhammad perintahkan ke atas umat engkau dengan berbekam”
Untuk first timer, musti berdebar jugak kan? Tapi Ustaz ni pandai, dia ajak berborak dulu. Dia terangkan dulu kelebihan-kelebihan berbekam, jelaskan prosedur dia menjaga kebersihan alatan bekam dan bercerita pengalaman-pengalaman dia selama 14 tahun dia dalam bidang ni.

Dia cadangkan saya buat 7 point saja. Lain kali boleh tambah banyak lagi. Ada 2 jenis bekam asas iaitu bekam angin dan bekam darah. Bezanya, bekam angin ni tak perlu melukakan kulit. Cuma disedut pakai cup tu jer.


Kalau kita buat bekam darah, dia akan mulakan dengan bekam angin dulu, sesudah tu dia akan lukakan sedikit permukaan kulit, kemudian dia bekam sekali lagi dikawasan tersebut untuk menarik darah keluar. Masa proses nak lukakan kulit ni kene tahan sikitlah, terutama pada bahagian kulit yang agak nipis. Tapi tak da lah sakit sangat! jangan risau.


Ustaz tu cakap yang darah dipermukaan kulit ni biasanya darah kotor. Sebab tu darahnya berwarna merah gelap kerana ianya kekurangan oksigen. Toksid-toksid pon berkumpul sekitar permukaan kulit dan bekam ni adalah cara yang mudah untuk membuangnya.

Ustaz tu biarkan dalam 15 minit, untuk biarkan darah tu keluar. Alhamdulillah, hasilnya tak banyak. Kalau banyak maknanya banyak darah kotor.

Ustaz tu siap tanya, "Makan apa darah elok camni?",  hehehe.. Apa lagi kalau bukan Shaklee.

pengalaman berbekam
Hasil mahsul
Kalau yang banyak darah kotor tu, darah die jadi macam sumi-sumi / jeli apabila ditarik keluar dari cup bekam. Kalau darah tu bewarna pink dan berbuih-buih tandanya ia mengandungi asid urik. Risiko untuk mengalami gout.

Selesai bekam, ustaz tu bersihkan dan sapukan minyak gamat. Ustaz siap pakai rubber glove ngan face mask.

Sampai rumah Honey siap-siap suruh makan Zinc Complex untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan Vitamin C untuk kulit cantik tak berparut. Wahh!!

So, untuk next cubaan berbekam kene tunggu lagi 3 bulan lah.  Insya-Allah.

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Cubaan Berbekam Kali Pertama"

Back To Top