
Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan darah yang banyak untuk menyokong perkembangan kita dan janin. So, HB rendah ini terjadi disebabkan badan kita kekurangan darah merah yang sihat untuk mengangkut oksigen bagi kegunaan tisu badan kita dan janin.
Tanda HB Rendah
HB Rendah atau kurang darah ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara kesannya seperti:-
- Warna kelopak mata yang pucat
- Kerap berasa letih
- Sukar fokus
Gejala ini telah semakin teruk sekiranya ibu mengalami:-
- Rambut gugur
- Nafas pendek
- Kuku cekung seperti sudu
- Sukar menelan
![]() |
Antara soalan di page PBIIT |
3 Penyebab Anemia
Seseorang boleh mengalami Anemia / HB Rendah mungkin kekurangan salah satu atau lebih dari faktor berikut:-
1. Kekurangan Zat Besi (Iron)
Terjadi kerana badan tidak mempunyai Zat Besi yang mencukupi untuk menghasilkan hemoglobin. Ia merupakan protein dalam darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen dari paru-paru keseluruh badan.
2. Kekurangan Asid Folik
Asid Folik adalah sejenis vitamin B. Badan kita memerlukan asid folik ini untuk menghasilkan sel baru, termasuk sel darah merah yang sihat.
Semasa mengandung kita memerlukan asid folik tambahan. Kadang-kala kita tidak mendapat asid folik yang mencukupi melalui makanan harian. Sekiranya terjadi, badan kita tidak boleh menghasilkan sel darah merah yang mencukupi untuk mengangkut oksigen pada tisu-tisu badan
Kekurangan asid folik ini juga boleh menyebabkan janin mengalami sumbing tulang belakang (spina bifida) dan kekurangan berat badan semasa lahir.
3. Kekurangan Vitamin B12 (Cobalamin)
Badan kita memerlukan vitamin B12 untuk menghasilkan sel darah merah yang sihat. Ibu hamil disarankan mengambil daging, telur dan produk tenusu untuk mengelakkan kekurangan vitamin B12 dalam badan.
Ujian Darah
Sekiranya anda dikesan mengalami masalah ini, anda disarankan membuat pemeriksaan HB melalui ujian darah. Sekiranya kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk siasatan kemungkinan ada penyakit lain yang mungkin menjadi penyebab.
Supplemen

Terdapat tiga kategori supplemen dipasaran iaitu Sintetik, Organik Estrak dan Natural.
- Sintetik - semua bahan mentahnya adalah dari bahan bukan semulajadi. Lebih tepat 100% bahan kimia. Menurut beberapa kajian, vitamin sintetik sebenarnya kurang bio-ketersediaan (bioavailable), lemah kadar penyerapan dan kadangkala tidak dikenali oleh badan.
- Organik Ekstrak - bahan mentah adalah dari sumber semulajadi tetapi strukturnya berubah atau diubah dalam proses pembuatan, kebanyakan suplemen berada di peringkat ini.
- Natural - bahan mentah dari sumber semulajadi dan ia mampu mengekalkan stuktur semulajadi. 100% natural.

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Mengapa HB Rendah Semasa Hamil?"