Assalamualaikum,
Selamat berhujung minggu, semoga gembira dan tenang dengan keluarga tersayang. Hari ni Honey nak kongsikan bagaimana nak D.I.Y Play-yard untuk anak dirumah. Play-yard ni projek yang dah lama. Lama mana? nanti kat bawah Honey bagitau yer. Hehe.
Ok, play-yard ni mudah dibuat, dari kotak-kotak jer. Lagi banyak kotak lagi banyak idea akan timbul masa kita buat nanti. Kos lebih kurang RM50 sebab nak beli gam, double tape, aksesori-aksesori bagai.
Yang penting, kualiti time bersama-sama suami dan anak-anak, bekerjasama membanting tulang untuk membuat play-yard ni. wink..wink.. :)
Kami menggunakan 2 kotak peti sejuk yang besar. Haa.. tak payahlah beli peti sejuk. Mintak jer kat kedai elektrik. Alhamdulillah, Hazry dapat dari Lion Mas, Kip Mart, Senawang. Memang dia kasi free jer.
Play-yard Nisa ni berkonsepkan Hospital. Gunting-gunting, tampal-tampal, siap! Hihi..
Tapi bila Nisa dah besar sikit dah mula pegang pen ngan pensel, Hospital ni menjadi sedeh T__T
Habis dicontengnya. Last-last Hospital ni dirobohkan. Tapi kotak tu masih digunakan kearah pencontengan pulak.
BACA: Cara Mudah Membuat Play-Doh
Kotak Play-yard tu dah menjadi art gallery! Tempat Nisa nak main color-color, conteng-conteng, tampal-tampal. Kalau kertas tu dah penuh dengan contengan, tukar je kertas baru. Tektik ni pon cara selamat untuk mengelakkan dia menconteng seluruh dinding rumah, walaupun dah ade beberapa mural yang selamat diabadikan kat bilik dan ruang tamu. T__T
![]() |
Seriusnya. |
Ruangan play-yard tu kami hiaskan dengan sticker jer. Macam tadika kan? Sticker tu banyak ada kat kedai D.I.Y. Masa nak beli tu, ada seorang kakak tu siap tanya lagi. "Adik ni bukak tadika ke?". Hohoho.. gurau kasar pulak akak ni.
![]() |
Conteng-conteng |
Tapi tadika ni memang favourite spot Nisa. Kalau ada tetamu datang bersama anak-anak kecil, memang Nisa akan ajak diorang main kat situ. Pandai layan tetamu nih. Habis kotak mainannyer dikumbah. Havoc satu rumah.
Catatan: Honey 04/10/2014 - 8.30AM
The Future is as BIG as You Imagine It!!
Shaklee Master Coordinator - D.I.Y Play-yard Dari Kotak
Shaklee Master Coordinator - D.I.Y Play-yard Dari Kotak

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "D.I.Y Play-yard Dari Kotak"