Umrah Part 1 - Dijemput Sebagai Tetamu Allah

Assalamualaikum,

Saya doakan agar kita semua direzekikan oleh Allah untuk ke tanah haram-Nya. Sempena bulan haji ini, hati saya semakin membuak-buak kerinduan terhadap kedua tanah suci ini. Oleh itu saya ingin berkongsi pengalaman umrah setahun yang lalu (2013) dalam bentuk travelog agar ianya sentiasa kekal menjadi memori dan mungkin menjadi panduan buat semua.


Pasang Niat

Alhamdulillah, saya, mama, papa dan dua adik perempuan saya dipilih Allah untuk melakukan ibadah umrah pada bulan Mei 2013. Tapi niat untuk kesana telah saya tanam seawal tahun 2010. Pada masa itu ada seorang kawan yang mengajak saya mengerjakan umrah. Dia menceritakan betapa seronoknya bila berada disana. Apakan daya, memang saya belum direzekikan Allah untuk kesana pada tahun tersebut. Tetapi, saya berazam dan berniat untuk kesana dan berdoa semoga Allah permudahkan.


Dijemput Sebagai Tetamu Allah

Pada 2011 saya mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan Allah seorang anak perempuan pada tahun 2012. Pada suatu hari mama dan papa saya datang ke rumah kami. Melawat cucu, Nisa. Pada masa itu umur Nisa telah hampir 6 bulan. Mereka menyatakan hasrat untuk mengerjakan umrah bersama 2 adik perempuan saya. Saya juga akan dibawa bersama jika berminat! Masya-Allah! masakan saya tak berminat? Masa tu hati saya menjadi sayu, serasa mahu menitiskan air mata kesyukuran! Terima kasih Allah! Terima kasih mama dan papa!


Jerat Hutang Konvensional

Seperti biasa segala dokumen, passport dan sebagainya diperkemaskan. Apa yang saya paling saya takutkan adalah sekiranya nama saya disenarai hitamkan sebagai peminjam yang belum melunaskan hutang PTPTN. Saya terpaksa berhubung dengan pihak PTPTN untuk membuat semakan. Doa saya panjatkan semoga perkara yang saya risaukan ini tidak berlaku!

Alhamdulillah, setelah disemak nama saya masih tidak disenarai hitamkan. Bukan saya sengaja tidak melunaskan hutang tersebut. Saya telah beransur menjelaskan pinjaman tersebut semenjak mula bekerja, tetapi kemudiannya terdapat sedikit kekangan yang perlu diberi keutamaan kepada lain-lain perkara. Jumlah 'caj pentadbiran' yang dikenakan sepanjang kelewatan ini telah melebihi amaun yang telah saya bayar selama ini. Sedih. Tapi inilah padah dari pinjaman konvensional, hampir-hampir terjerat diri!

Walaupun nama saya tidak disenarai hitamkan, tetapi mama dan papa saya telah melunaskan baki pinjaman tersebut yang berjumlah lebih RM25,000. Sekali lagi mereka menjadi penyelamat saya! Menyelamatkan dari hutang yang benar-benar menjerat! 


Perkemas Ilmu

Kami sekeluarga mengambil pakej umrah bersama De Mawardah Travel & Tours Sdn. Bhd. Kelas untuk bakal-bakal tetamu Allah telah diadakan dan saya hanya berkesempatan untuk hadir untuk satu sesi kelas sahaja.

Alhamdulillah, ramai yang membantu saya. Pengalaman dan tips dari mereka yang pernah kesana seperti rakan sepejabat dan ibu mertua memang amat berguna.

Buku-buku juga menjadi rujukan utama. Banyak buku yang ada dipinjamkan dari isteri dan ibu mertua. Mereka telah beberapa kali direzekikan Allah untuk menjadi tetamu-Nya. Ibu mertua saya sendiri telah mempunyai satu dokumen berhubung ibadat umrah ini yang di compile dari banyak rujukan. Buku ini memang lengkap dan sangat memudahkan saya. Selain itu pihak travel agency turut memberikan satu buku berjudul 'Teman Tetamu Allah'. Dan yang paling penting adalah buku 'Panduan Praktis Haji & Umrah', buku gantung yang sentiasa akan dirujuk bila disana nanti.

Selain itu, kita boleh rujuk dari internet dan kuliah-kuliah melalui Youtube.


Buku Rujukan Umrah Ziarah
Buku rujukan


Persiapan Umrah

Untuk persiapan keperluan untuk kegunaan disana pada asasnya saya membawa:-

Pakaian

Bagi saya pakaian tidak perlu dibawa terlalu banyak sekiranya anda pergi pada musim panas / kering. Walaupun cuaca panas, tetapi kita tidak terlalu berpeluh. Dan baju boleh selalu dibasuh kerana ia akan kering dengan cepat. Antara pakaian yang saya bawa (seingat saya):-

1) Kain Ihram (2 pasang) - Sepasang dah cukup, cuma saya jadikan backup
2) Baju solat / Baju Melayu (2 pasang)
3) Jubah (1 helai) - Saya beli satu lagi disana
4) Kain pelekat (1 helai) - Saya lebih kerap memakai jubah disana
5) Seluar slack (2 helai) 
6) Baju tidur (1 helai)
7) Seluar panjang / baju bahagian dalam (2 pasang) - Untuk dipakai bersama jubah
8) Seluar dalam (sesedap rasa.. hehe)
9) Stokin - Saya tak tahan sejuk dalam plane.

Aksesori

1) Ray-ban / Spek mata hitam - Sangat penting terutama semasa tengah hari
2) Tali - Untuk ikat beg, takut beg terkoyak sebab dicampak-campak di airport 
3) Minyak angin, ubat-ubatan, Vitamin C
4) Vaseline - untuk elak kulit kering terutama dibibir, tumit kaki
5) Buku doa / Buku gantung 
6) Beg gantung - Mudah semasa beribadat biasanya diberi oleh pihak travel agency 
7) Selipar (Sepasang)
8) Telefon / Charger / Power bank

Jom tengok video persiapan umrah ni:-


Kongsikan artikel ini sekiranya anda fikir ianya bermanfaat.

Catatan: Hazry 04/10/2014 - 8.00AM
The Future is as BIG as You Imagine It!! 
Shaklee Master Coordinator - Umrah Part 1 - Dijemput Sebagai Tetamu Allah
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Umrah Part 1 - Dijemput Sebagai Tetamu Allah"

Back To Top