Harga Minyak Naik Lagi, Apa Perlu Kita Buat?

Assalamualaikum,

Saya doakan semoga kita semua sentiasa dikuatkan iman. Hari ini banyak komen-komen di Facebook tentang kenaikan harga minyak kan? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter berkuat kuasa 12.01 tengah malam, 2 Oktober 2014.

Dengan ini harga runcit baharu bagi Petrol RON95 ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter.

Kenaikkan harga minyak sebanyak 20sen ini sedikit sebanyak akan memberi impak kepada rakyat. Terutamanya soal harga keperluan barangan lain yang dijangka akan turut meningkat.

Semacam menjadi trend di Malaysia, harga minyak naik, harga barang turut akan naik!!

Harga Minyak Naik Lagi, Apa Perlu Kita Buat?
Sinis
Oleh sebab, itu ramai yang telah sedar betapa perlunya untuk mendapatkan pendapatan sampingan dalam menampung keperluan keluarga. Pendapatan daripada aktiviti berniaga secara sambilan dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan yang disebabkan oleh harga barang  yang makin meningkat.

Disini saya senaraikan 5 Sebab Kenapa Perlu Kerja Sambilan Di Rumah:-


1. Masa Bekerja fleksible.

Memilih bekerja sambilan di rumah akan memudahkan kita untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kerja yang dilakukan boleh kita lakukan bila-bila masa. Tidak seperti kita bekerja lebih masa. Masa kita bersama keluarga akan berkurangan.

Jika bekerja sambilan di rumah anda boleh mengatur masa anda. Dan boleh bekerja mengikut jadual sendiri. Tanpa perlu dimarahi oleh boss. Jika anda berniaga tiada siapa yang akan memarahi anda.


2. Backup pendapatan dan pekerjaan

Kerja sambilan di rumah dapat dijadikan sebagai backup pendapatan atau pekerjaan anda. Kita perlu bersedia untuk kemungkinan-kemungkinan akan datang. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Dengan kerja sambilan boleh menambahkan simpanan anda. Mungkin juga akan menjadi pekerjaan tetap anda nanti.


3. Menambah pendapatan

Yang ni semua orang tahu. Kerja lebih pendapatan pun lebih. Jadi bagi anda yang mahu menambah pendapatan kerja sambilan di rumah adalah pilihan yang tepat. Kenaikkan harga barang memang sukar untuk di kawal.

Jadi jangan merungut banyak sangat. Fikir cara untuk mengatasi masalah. Dan salah satu caranya adalah kerja sambilan di rumah atau buat duit hanya dari rumah.


4. Mengisi masa lapang / masa menganggur

Bagi mereka yang banyak masa lapang atau masih menganggur kerja sambilan di rumah adalah alternatif yang baik. Isi masa lapang anda dengan melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan.

Para penganggur yang belum mendapat kerja tetap seperti lepasan Universiti dan lepasan sekolah. Ini adalah peluang anda untuk menambahkan pendapatan dengan kerja sambilan di rumah.

Bila tiba masa anda temuduga untuk memohon pekerjaan tidaklah kosong sangat pengalaman tu. Sebab tanpa pengalaman adalah sangat sukar untuk anda mendapatkan pekerjaan. Ini kerana persaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang sangat terhad.


5. Boleh di mulakan dengan modal rendah.

Ini yang menariknya apabila dapat kerja sampingan di rumah. Anda boleh mulakan dengan modal rendah. Dengan perkembangan dunia internet. Antara perkara yang boleh anda lakukan untuk bekerja di rumah ialah berniaga atau memberikan perkhidmatan mengikut bakat anda.

####
Seperti yang Honey pernah ceritakan dulu, disebabkan desakan keperluan harian kita yang semakin meningkat. Ditambah pula dengan kenaikkan harga barang yang memang sukar untuk dikawal. Adalah menjadi satu kewajipan untuk kita bekerja sambilan. Sama ada secara online atau offline. Terpulang kepada kita mengikut keselesaan masing-masing.

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Harga Minyak Naik Lagi, Apa Perlu Kita Buat?"

Back To Top