Assalamualaikum,
Salam jumaat penghulu segala hari. Hari ini saya ingin kongsikan tips kreatif untuk bersedekah. Insya-Allah kita semua boleh amalkan. Kalau tidak mampu amalkan semua tips, buat sekadar termampu. Jangan tak ada ya.
Dari Amru bin Auf r.a katanya Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah SWT pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).” (Bukhari)
Jom baca bagaimana cara lain kita boleh bersedekah selain dari menyumbangkan ke tabung masjid:-
- Belikan beberapa buah kerusi atau bangku dan letakkan di dalam masjid supaya dapat diguna oleh mereka yang memerlukannya untuk bersolat (amalan biasa di masjid-masjid negara Arab termasuk di Mekah dan Madinah)
- Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
- Peruntukkan sebahagian dari pendapatan untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
- Sentiasa menyediakan duit kecil didalam dompet untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.
- Letakkan sebuah tabung dibilik anda. Setiap kali kamu berasa melakukan dosa, istighfar dab bertaubat. Masukkan sedikit wang kedalamnya. Setelah genap 1 bulan, sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini setiap bulan.
- Sekiranya anda menghadiri keramaian seperti kenduri (keluarga, jiran, sahabat), belikan bebarapa kotak air mineral, niatkan untuk bersedekah.
- Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil, kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)
- Belilah mashaf al-Quran, letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
BACA: Erti Hidup Pada Memberi
- Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
- Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
- Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu.
- Sedekahkan Al-Fatihah kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.
- Kongsikan artikel ini ke semua. Siapa tahu ada yang mahu mengamalkan. Moga anda pun akan diberi pahala kerananya.
Ok, sebelum kita kongsikan, jom kita senyum dahulu! Senyumkan sedekah :)

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "13 Tips Kreatif Untuk Bersedekah"