Bahaya ke walker kepada bayi? Hari ni Ahmad dah masuk 7 bulan. Dah pandai duduk sendiri dan merangkak sejak umur 6 bulan. Badan pun sado. Hukk
Lepas dari demam hari tu, si Ahmad ni jadi clingy pulak.. asyik nak berdukung. So, untuk pertama kalinya dia diperkenalkan dengan walker.. puas kumbah stor nak cari walker kakak Nisa dulu..
Masa Nisa kecil dulu, walker ni pakai masa Honey sibuk kat dapur jer.. sekejap-sekejap.. Sambil buat kerja rumah, sambil pantau dia.
Tapi tau tak? sebenarnya penggunaan baby walker ni bahaya kepada bayi!!
Jom baca fakta berikut:-
- Antara tahun 1990-2001, 200,000 kes kecederaan bayi dilaporkan di Amerika Syarikat berhubung penggunaan baby walker yang mana 3/4 daripada kes ini disebabkan terjatuh dari tangga.
- Di Kanada, hukuman denda dan penjara dijatuhkan kepada mereka yang mempunyai baby walker.
- Di Amerika Syarikat juga, para pakar kanak-kanak menggalakkan pengharaman baby walker.
- Menurut Dr Brenda J Shield, baby walker sebenarnya tidak membantu kanak-kanak untuk berjalan, malah melambatkan kanak-kanak itu belajar berjalan akibat perkembangan otot dan mental yang tidak dirangsang.
- Kaki kanak-kanak menjadi tidak lurus ketika berjalan di dalam baby walker. Ini kerana punggung dan lututnya membengkok ketika menggunakannya dan kanak-kanak itu mungkin berjalan menggunakan jari kakinya. Ini menyebabkan otot kaki yang salah digunakan untuk berjalan dan amat sukar untuk ditukarkan apabila tidak lagi memakai baby walker.
Tapikan, kita mesti fikir, kalau guna dengan pemantauan ibu ayah mesti selamat kan? NO! NO! Nehi Kebi Nehi! Cuba baca fakta ni pulak..
Walaupun ada yang menyatakan penggunaan walker selamat digunakan semasa kehadiran ibu bapa, tetapi kebanyakan kes berlaku telalu pantas dan anak mereka tidak dapat diselamatkan (70% daripada kes di AS).
Huhu.. Takutnya.. Lepas ni nak simpan jauh-jauhlah.. Hukk

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Adakah Walker Bahaya Kepada Bayi?"