Bintik merah selepas demam 3 hari. Last week, Ahmad demam dengan suhu badan yang agak tinggi. Lebih kurang 39° camtu. Hari kedua, bawak dia ke Klinik Kesihatan untuk rawatan. Doktor cakap, hanya demam biasa sebab Ahmad aktif, tak batuk dan selsema. Hari ke-3 kitorang dah cari air kelapa untuk bagi dia minum.
Alhamdulillah, hari ke-4 demam Ahmad dah kebah. Tapi perasan ada bintik-bintik merah pulak pada muka dan badan dia. Huhu.. Kena demam campak ke?
Tapi yang peliknya dia tak tergaru-garu atau rasa tak selesa. Lagi aktif adalah.. Rujuk dengan klinik, Doktor cakap perkara biasa, efek dari demam hari tu. Doktor tu sebut Roseola Infantum. Dalam kepala pulak terbayang macam ni..
![]() |
Infant in rose bed T_T |
Apa itu Roseola Infantum?
Roseola Infantum adalah jangkitan virus jenis herpes ringan yang biasanya terjadi padi bayi berusia 6 bulan hingga 3 tahun.
Pada awal, bayi akan mengalami demam yang tinggi. Demam biasanya berlangsung tiga sampai lima hari dan mungkin berakhir tiba-tiba, disusuli naik ruam atau bintik-bintik merah pada kulit bayi setelah demam reda. Ruam mungkin berlangsung selama beberapa hari atau hanya beberapa jam.
Ruam ini tidak gatal dan tidak berjangkit. Biasanya muncul pada dada dan leher, tetapi boleh juga merebak ke lengan, kaki, dan muka.
Kalau anak-anak anda ada gejala seperti ini, lebih baik double-confirm dengan doktor. Jangan tersalah dengan demam campak.

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
0 Comments for "Demam 3 Hari Disusuli Bintik Merah"