Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View

Assalamualaikum,

Salam jumaat. Sehari dua ni agak viral di media-media sosial pasal Instant Google Street View. Aplikasi dari Google yang membolehkan kita meneroka tempat-tempat diseluruh dunia melalui imej jalan-jalan yang dirakamkan secara panorama dengan pandangan 360°.

Baru-baru ini pihak Google telah mengemaskini Google Street View di Malaysia. Kenderaan Google Street View telah mengembara ke seluruh Malaysia untuk merakam jalan-jalan bagi tujuan pengemaskinian tersebut.

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Kenderaan Google Street View


Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Kenderaan Google Street View
Ada antara kita yang tidak bersetuju dengan adanya teknologi seperti ini. Walaupun nombor plat kereta dan muka orang yang terakam dikaburkan, tetapi ia tetap memaparkan keadaan rumah kita. Ini dianggap seolah-olah menceroboh hak privasi dan boleh mengancam keselamatan.

BACA: Ketahui Rahsia Anak Bijak Orang Jepun & Yahudi

Sekiranya anda adalah salah seorang yang tidak bersetuju, tahukah anda yang kita boleh mengkaburkan rumah / premis kita dari Google Street View. Hanya dengan 4 langkah sahaja.

1. Buka Google Maps atau terus melalui Instant Google Street View

2. Taip alamat rumah anda, sekiranya anda menggunakan Google Maps, klik 'Street View' pada butang kiri sebelah atas.

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Klik pada Street View seperti yang dibulatkan

3. Kemudian klik 'Report A Problem' pada bawah kanan, dan akan terpapar satu borang.
Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Klik pada 'Report a problem' seperti yang dibulatkan

4. Pada pilihan Request blurring: What would you like us to blur? pilih Home, dan taip alamat rumah anda seterusnya tekan butang Submit

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Isikan borang aduan


Kemudian anda akan menerima emel dari pihak Google yang menyatakan aduan anda telah diterima dan dalam proses tindakan. 

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Contoh emel

Selepas permohonan anda telah diluluskan, pihak Google akan mengkaburkan rumah / premis anda selama-lamanya dan memaklumkan kepada anda melalui emel.

Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Telah dikaburkan

Emel dari Google

Kongsikan artikel ini sekiranya anda fikir ianya bermanfaat.

Catatan: Hazry 03/10/2014 - 7.30AM
The Future is as BIG as You Imagine It!! 
Shaklee Master Coordinator - Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View
Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
0 Comments for "Cara Padam Rumah Anda Dari Google Street View"

Back To Top