Assalamualaikum,
Semoga Allah menganugerahkan saya dan anda nikmat Syurga-Nya tanpa dihisab. Hari ini saya ingin menyambung kisah perjalanan umrah yang lalu. Tarikh berlepas telah ditentukan. Alhamdulillah, urusan Visa telah selesai. Kami bersyukur kerana kelulusan Visa kami dipermudahkan kerana pada bulan berikutnya, syarat kelulusan Visa diperketatkan oleh kerajaan Arab Saudi.
![]() |
KLIA |
Kami berada disana selama 10 hari 8 malam. Sepanjang saya disana, Honey dan Nisa tinggal bersama ibu mertua di Kluang. Kami bertolak pada 27 Mei dan pulang pada 5 Jun 2013. Pihak De Mawardah telah menyediakan bas untuk pengangkutan kami ke KLIA. Kami dijangka berlepas pada jam 6.25 pagi dengan menaiki BG 087 - Biman Airways dan singgah di Dhaka untuk transit.
Dhaka
Alhamdulillah, kami selamat sampai ke Dhaka. Tempoh perjalanan memakan masa lebih kurang 4 jam. Transit di Dhaka dijangkakan selama 8 jam. Hotel disediakan oleh pihak airport untuk kami berehat. Sesampai di Hazrat Shahjalal International Airport, Dhaka kami terpaksa beratur lama untuk pemeriksaaan imigresen disana. Saya perhatikan, orang tempatan suka memotong queue, mungkin ia adalah perkara biasa disana. Sabar.
Agak lama juga kami menunggu bas yang akan menghantar kami ke hotel. Memang banyak masa kami disini digunakan untuk menunggu. Apabila dimaklumkan bahawa bas kami telah tiba. Masing-masing mula berasa lega. Maklumlah masing-masing belum mandi. Bila saja kami melihat bas yang tersedia. Sekali lagi kami tersenyum. Geli hati.
Basnya adalah bas supermini yang sudah usang. Sambil memasukkan barang-barang kami ke dalam bas. Kami perhatikan ramai orang yang menunggu diluar pagar. Ada yang berniaga. Hingar. Pagar disediakan bagi mengelakkan mereka masuk ke kawasan menunggu bas.
Bas tersebut tiada kipas atau aircond. Panas. So jemaah membuka tingkap bas luas-luas supaya angin luar dapat masuk. Sebaik sahaja bas berjalan, bergegas kami menutup tingkap. Habuk! udaranya berhabuk. Kasihan pada jemaah yang duduk disebelah tingkap yang tidak boleh ditutup. So siapa yang ingin ke sini digalakkan menggunakan face mask. Saat yang paling menyedihkan kami apabila melihat anak-anak kecil mengejar bas kami untuk meminta sedekah.
Walaupun bas yang kami naiki agak usang, tapi laju. Trafik di Dhaka sentiasa sesak dan menjadi habit pemandu-pemandu disini sentiasa menekan hon. Bunyi hon memang sentiasa menjadi halwa telinga kami sepanjang di Dhaka. Sepanjang perjalanan, saya perhatikan memang ramai orang. Penuh. Boleh dikatakan setiap inci tanah penuh dengan orang. Jalannya besar tapi tiada line, jarak dengan kereta sebelah memang rapat. Orang melintas macam ayam. Seriau.
Kami menginap di Hotel Black Rose International Limited. Nama yang gah tapi hotel yang agak sederhana. Kami sekeluarga duduk dalam satu bilik yang besar. Fasiliti hotel agak usang. Dengan aircond zaman 80-an, bergegar kuat apabila dipasang tapi masih boleh menyejukkan bilik kami. TV nya juga jenis 80-an. Tilam kekabu yang telah lama dan keras, bercadarkan kain putih yang berkarat. Air paip disini berkarat, kami tidak berani untuk minum dari air disini. Alhamdulillah, air yang dibawa dari flight cukup untuk kami.
Ada dua perkara yang agak menggelikan hati kami disini. Satunya setelah masing-masing selesai mandi, kami cuba untuk melelapkan mata. Tapi kami tidak dapat tidur kerana suasana bising diluar. Bunyi hon dijalan raya masih boleh kedengaran di bilik kami. Mahu tengok tv, tak faham bahasa mereka. So kami hanya bebual-bual untuk menghabiskan masa.
Keduanya, semasa kami sedang berehat-rehat, ada pekerja hotel yang datang mengetuk pintu bilik. Saya buka pintu. Saya lihat pekerja itu membawa air dalam bekas mineral besar. Pekerja tu terus masuk dan meletakkan bekas air tersebut dimeja. Menggelabah sakan mama dan adik-adik perempuan saya mencapai kain untuk menutup aurat. Mama dan adik-adik mula merungut. Dia dengan selamba terus beredar. Kami tidak minum air tersebut kerana airnya berkarat dan berkeladak.
Akibat terlalu bosan berperap dibilik kami bersiap-siap mengemas apa yang patut. Selesai mengemas kami turun ke lobi hotel. Sesampai di lobi, ramai juga jemaah kami duduk disitu. Hujan turun dengan lebatnya. Jalan didepan hotel dah mula dipenuhi air. Seperti sungai.
Saya perhatikan penarik-penarik beca tetap meredah hujan. Dalam keadaan basah kuyup untuk mencari sesuap nasi. Apabila hujan reda kami bercadang untuk berjalan-jalan di kawasan sekitar tetapi dilarang oleh pihak hotel. Mungkin takut sebarang kejadian buruk berlaku kepada kami. Kami duduk dilobi hotel dan berborak kosong. Kami bergerak ke airport sebelum waktu Maghrib.
Apabila di airport. Seperti waktu sampai banyak waktu dibazirkan untuk melayan karenah-karenah birokrasi mereka. Beratur untuk boarding yang lama dan masyarakat tempatan yang suka memotong queue.
Walaupun begitu, saya sangat bersyukur diberi kesempatan oleh Allah untuk datang dan melihat sendiri kehidupan di bumi Dhaka ini. Banyak yang dipelajari terutama dalam mengenal erti sebuah kesyukuran terhadap segala nikmat yang Allah berikan selama ini.
![]() |
Kami |

Hotel

Catatan: Hazry 04/10/2014 - 8.00AM
The Future is as BIG as You Imagine It!!
Shaklee Master Coordinator - Umrah Part 2 - Dunia Berbeza

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
2 Comments for "Umrah Part 2 - Dunia Berbeza"
Alhamdulillah.. Time kasih atas perkongsian ini. Semoga dpt mngikut jejak langkah saudara..Hati teingin sgt ke sana.. Terasa memanggil-manggil.. InsyaALLAH..
Insay-Allah. Semoga Allah permudahan. Ameen :)