Assalamualaikum,
Honey doakan agar kita semua mendapat hidayah dan rahmat dari Allah s.w.t. Kali ini Honey agak teragak-agak untuk menulis entri ni. Takut disalah fahamkan sebagai berbangga-bangga pulak.
Maka, sebelum kita terus membaca, jom kita set pemikiran pada yang positif-positif sahaja ok, jauhkan prasangka. Honey suka dengan kata-kat Prof Dr Muhaya Mohamad.
Kualiti hidup bergantung pada kualiti fikiran dan emosi. Cara kita berfikir dan melihat sesuatu perkara atau seseorang, menentukan emosi kita dan akhirnya itulah yang akan menentukan magnet diri kita. Jom lihat semua perkara dan lihat semua orang dengan kasih sayang dan kesyukuran, jauhi prasangka dan buruk sangka.
Pernah ke Blog Mamapeduli? blog dengan tema Perkongsian Buat Ibu-Ibu Terhebat!
Insya-Allah sebagai ibu, semua mahu menjadi ibu dan isteri yang terhebat. Lebih lagi selepas bersalin, bila melihat anak kecil didakapan terus datang azam sebegitu. Betul tak? tak kurang juga bagi bapa dan suami, mesti nak jadi yang terhebat. Tapi terkadang dengan faktor persekitaran, kesibukan dan macam-macam faktor lain kita selalu terlupa matlamat tersebut.
Berbalik pada kisah Blog Mamapeduli, sebenarnya blog tu 'ANA YANG PUNYA!'. Eh, bukan Cik Ana yang punya tapi Honey dan suami, Hazry yang punya.
Asal Mamapeduli
Semasa Honey mengandungkan Nisa. Honey dan Hazry banyak membaca berhubung isu sekitar kehamilan dan keibubapaan. Yer lah, anak pertama. Tiada pengalaman, tapi semangat berkobar-kobar untuk menjadi ibu dan bapa yang terbaik. Semoga dipermudahkan. Amin.
Pada masa tu banyak artikel-artikel menarik dari pelbagai sumber; dan kami bookmark kan untuk rujukan akan datang. Tapi, bila dah terlalu banyak artikel yang di bookmark, kami dah jadi pening. Pada awal tu tak terfikir untuk mengasingkan by folder. Lagi menjadi masalah apabila laptop kami rosak, tapi Alhamdulillah segalanya masih dapat di recover.
Selepas dari kejadian-kejadian tu, Hazry cadangkan agar kami blogkan sahaja artikel-artikel tersebut. Asingkan mengikut kategori agar mudah untuk dibuat rujukan. Dibawah setiap artikel, dinyatakan sumber asal dari mana kami ambil artikel tersebut.
Erti Hidup Pada Memberi
Memang pada awalnya blog ini hanya di-private-kan untuk kami sahaja. Semakin hari, bilangan entri pada blog semakin bertambah. Apabila ada artikel-artikel menarik terus kami ambil dan drafkan diblog.
Suatu pagi semasa kami bersarapan, kami berbual-bual mengenai Blog Mamapeduli ini. Hazry cadangkan supaya blog ini di-public-kan agar semua orang mendapat faedah. Senang, macam One Stop Centre bagi artikel dalam kategori keibubapaan dan kehamilan. Honey setuju. Touch up sana, make-up sini terus blog ni di-public-kan. Satu page Mamapeduli di Facebook juga diwujudkan.
Sungguh kami tak jangka, sambutan begitu hebat dari ibu bapa diluar sana. Pada tarikh artikel ini ditulis, bilangan kunjungan di Blog Mamapeduli sudah mencapai lebih dari 10 juta pageviews. Alhamdulillah.
Dengan status Honey sebagi WAHM-Working At Home Mom bukan mudah untuk Honey menguruskan blog ini. Mungkin ramai orang berpendapat menjadi suri rumah tidak banyak beban kerja. Honey juga berfikir sebegitu sebelum ini. Tetapi pesepsi Honey berubah apabila Honey sendiri mengambil keputusan dengan sokongan suami untuk berhenti kerja dan menumpukan pada urusan keluarga dan menjalankan business dari rumah.
Walaupun ada kata-kata sinis, 'Belajar tinggi-tinggi sampai Ijazah, tapi jadi suri rumah jer'. Honey tutup mata, tutup telinga. Ambil yang positif sahaja. Yang penting kena pandai bahagi masa. Sahabat Honey, Mia mempunyai pendapatan hingga 5 angka dengan hanya bekerja dari rumah. Kisahnya Honey link kan disini.
Walaupun ada kata-kata sinis, 'Belajar tinggi-tinggi sampai Ijazah, tapi jadi suri rumah jer'. Honey tutup mata, tutup telinga. Ambil yang positif sahaja. Yang penting kena pandai bahagi masa. Sahabat Honey, Mia mempunyai pendapatan hingga 5 angka dengan hanya bekerja dari rumah. Kisahnya Honey link kan disini.
Harapan & Penghargaan
Alhamdulillah, Honey mendapat sokongan penuh dari suami, keluarga, bahkan dari pembaca Blog Mamapeduli sendiri. Banyak PM dari FB yang menyatakan sokongan terhadap usaha kami. Terima kasih diatas sokongan kalian, semoga kita sentiasa diberikan kebaikan dunia dan akhirat.
Honey juga ingin berterima kasih kepada blog-blog yang menyumbangkan artikel. Semoga kebaikan dari artikel tuan/puan menjadi saham untuk kita di-Sana. Sekiranya tuan/puan tidak bersetuju artikel tuan/puan disiarkan di Blog Mamapeduli, mohon PM kami di FB untuk tindakan selanjutnya.
The Future is as BIG as You Imagine It!!
Thanks and regard,
Honey Hazry
Shaklee ID: 1120098
SMS / WhatsApp: 019-2423119
FB Page: Pasaraya Ibu-Ibu Terhebat
Shaklee Master Coordinator - Erti Hidup Pada Memberi

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google
|
Facebook
|
Instagram
|
Email
1 Comments for "Erti Hidup Pada Memberi"
jemput baca
kenali anak anda