Besarnya Nilai 30 Sen

Berapa sangatlah nilai 30 sen pada sesetengah dari kita kan? Kadang-kadang bersepah-sepah saja atas meja. Tapi bagi sesetengah yang lain pula, 30 sen merupakan nilai yang besar. Jom baca catatan pengalaman seorang guru dibawah:-

Besarnya Nilai 30 Sen
Cikgu: "Kenapa Amin tak rehat?"    
      
Amin: "Mak saya beri 30 sen sehari, cikgu, kat kantin 30 sen ni dapat beli karipap je satu, segan la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli karipap satu jaa. Jadi saya kumpul duit hari ni untuk makan hari esok, dapat la saya makan karipap ngan air sirap 30 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu."

Amin tertunduk malu. 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2014 ini masih juga ada pelajar yang membawa 30 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 30 sen itu jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 30 sen sangat besar ertinya.       

Cikgu: "Kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ya?"     

Amin: "Oh.. hari jumaat duit 30 sen ni saya sedekah masa bacaan Yasiin, cikgu." jawab Amin dengan bersahaja. 

Amin: "Mak saya kata kalau kita sedekah, rezeki kita akan bertambah.." 

Mata saya dah berkaca... saya terkejut dan bertambah sebak, dah la duit ada 30sen, siap boleh sedekah pulak lagi.. 

Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini. Luaskan la pintu rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada didalam kemiskinan.

Betapa kaya jiwa anak ini. Walaupun serba kekurangan, tetapi masih lagi memikirkan nasib orang lain. 


Marilah kita cuba istiqamah dalam bersedekah. Jangan menunggu kaya baru nak bersedekah. Zaid bin Aslam pernah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:- 

"Satu dirham untuk sedekah lebih afdal dari seratus ribu." Ditanya: "Bagaimana yang demikian, ya Rasulullah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. "Seorang mengeluarkan dari kekayaannya yang sangat banyak seratus ribu dirham dan disedekahkan; dan lain orang yang mengeluarkan satu dirham dari miliknya yang hanya dua dirham tiada yang lain dengan senang hati, maka orang yang mengeluarkan satu dirham lebih afdal dari yang seratus ribu dirham."
Marilah kita menghargai dan mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan walaupun hanya sekecil nilai 30 sen.

Honey Hazry

Siapa Honey & Hazry?

Pasangan suami isteri yang berminat meneroka dunia keibubapaan, kesihatan dan pembangunan kendiri. Merupakan admin bagi Blog Mamapeduli.
Google | Facebook | Instagram | Email
2 Comments for "Besarnya Nilai 30 Sen"

Kelu kejap..... Alangkah baiknya kalau saya dapat tanam tabiat ini untuk orang terdekat. Sedih sungguh kalau kata2 'azimat' pasal sedekah dari dia... :-(

Ya Allah sedih baca kisah adik tu. Akak ni, 30 tahun dulu bawak pegi sekolah 30 sen..boleh lah dapat nasi lemak sepinggan atau mee hoon goreng..Adik tu sekarang ni bawak 30 sen memang sedih sangat2...kita kena bersyukur sangat2 atas rezeki yang Allah beri kepada kita.

Back To Top